KUCHING - Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini melancarkan buku Prinsip 3R Perkhidmatan Awam Sarawak yang menekankan inovasi, tadbir urus berkesan, dan transformasi dalam sektor awam negeri.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata buku tersebut memaparkan prinsip Revisit, Rethink, dan Recharge, yang diterjemahkan ke dalam tindakan nyata bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan memberi impak kepada masyarakat.
Beliau menekankan bahawa kejayaan dalam digitalisasi, inovasi, dan penyampaian perkhidmatan adalah hasil dedikasi penjawat awam, dan transformasi bukan sahaja berkaitan sistem atau dasar, tetapi juga mindset dan pembangunan manusia.
Datuk Amar Mohamad Abu Bakar berkata demikian pada Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2025 di Kuching hari ini.
Buku 3R itu menjadi simbol komitmen Sarawak dalam memodenkan perkhidmatan awam dan memastikan penjawat awam terus relevan, tangkas, dan inovatif.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back