PUTRAJAYA - Kes penagihan dan penyalahgunaan dadah di seluruh negara mencatat penurunan 7.9 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, dengan 156,316 kes direkodkan berbanding 169,691 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, daripada jumlah itu, 83.2 peratus atau 76,467 individu terlibat dengan dadah sintetik seperti syabu, ganja sintetik, pil kuda, ekstasi dan ketamin, dengan majoriti berusia antara 15 hingga 39 tahun.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra Ketua Pengarah AADK Bersama Media di sini, pada Rabu malam, 19 November.
Ruslin turut menekankan kepentingan rawatan dan pemulihan secara sukarela di AADK, terutamanya selepas Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 yang memperluaskan kuasa pegawai pemulihan dan skop rawatan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back