KIGALI - Kira-kira 70 orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot terbalik di Sungai Sankuru, Wilayah Kasai, Republik Demokratik Congo pada Isnin 17 November, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.
Bot tersebut dalam perjalanan dari pelabuhan Bena Dibele ke ibu negara Kinshasa, membawa kira-kira 120 penumpang.
Setakat ini, 50 orang berjaya diselamatkan manakala usaha mencari baki mangsa masih giat dijalankan, menurut pentadbir tempatan Francois Ahoka.
Ahoka menegaskan bahawa pasukan penyelamat menghadapi cabaran besar dan menasihatkan keluarga mangsa untuk berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengenal pasti mangsa terselamat dan mayat yang dijumpai.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back