• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 November 2025 | 12:50 PM

Pejabat Kemanusiaan PBB Beri Amaran Situasi di Gaza Masih ‘Sangat Kritikal’

HAMILTON - Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menegaskan bahawa situasi di Jalur Gaza masih “sangat kritikal,” walaupun usaha berterusan PBB dan rakan-rakannya untuk membantu orang awam di wilayah itu selepas gencatan senjata selama dua tahun konflik dengan Israel.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, “situasi kemanusiaan di Gaza kekal sangat kritikal, walaupun terdapat usaha berterusan oleh PBB dan rakan-rakannya untuk sampai kepada mereka yang memerlukan di mana sahaja mereka berada.”

OCHA memaklumkan bahawa ribuan keluarga terjejas akibat ribut hujan minggu lalu, dengan lebih 18,600 isi rumah terkesan.

Banyak keluarga kehilangan tempat tinggal, harta benda rosak atau dipindahkan semula, dan jumlah ini dijangka meningkat seiring penilaian diteruskan.

Dengan musim sejuk yang hampir tiba, OCHA menekankan bahawa bantuan seperti khemah, kanvas peneduh dan tilam yang dihantar ke Gaza sejak September masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan mendesak rakyat di situ.

Setakat ini, kurang daripada 60,000 khemah, 346,000 kanvas dan 309,000 peralatan tidur telah sampai ke Gaza.

OCHA turut menegaskan keperluan supaya barangan yang kini terhad untuk dibawa masuk ke Gaza, termasuk peralatan untuk membaik pulih infrastruktur kritikal, dibenarkan masuk.

Agensi itu juga menyeru supaya NGO dibenarkan membawa bantuan ke Gaza dan pembukaan lebih banyak pintu sempadan dipercepatkan bagi mempercepatkan penghantaran bantuan.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok