LUBOK ANTU - Polis menahan seorang lelaki berusia lewat 50an dan seorang wanita berumur lewat 20an dalam Op Tapis Khas yang dijalankan di sebuah rumah tidak bernombor di Batu Angus, Engkilili, pada Selasa 18 November.
Operasi yang diketuai Inspektor Harper anak Kenol daripada Team Task Force IPD Lubok Antu itu menemui 7 paket plastik lutsinar berisi kristal disyaki dadah Methamphetamine seberat anggaran 8.45 gram pada suspek lelaki.
Ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine, termasuk kedua-duanya juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah lain.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan dadah di kawasan mereka digalakkan menghubungi Hotline JSJN Bukit Aman (012-208 7222) atau Hotline JSJN IPK Sarawak (017-592 9211).
Sumber: IPD LUBOK ANTU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back