KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila melonjak ke kedudukan ke-116 dunia dalam ranking FIFA terbaru, meskipun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berdepan kemelut luar padang.
Skuad bimbingan Peter Cklamovski berjaya mengekalkan momentum positif pasukan, dengan peningkatan dua anak tangga berbanding kedudukan ke-118 pada bulan lepas.
Malaysia juga telah mencatat lonjakan signifikan sejak April lalu apabila berada di tangga ke-131.
Di peringkat Asia Tenggara, Thailand kekal sebagai pasukan terbaik di kedudukan ke-95, diikuti Vietnam (110), Indonesia (122), Filipina (136) dan Singapura (151).
Sementara itu, Jepun (18), Iran (20) dan Korea Selatan (22) terus menguasai carta benua Asia.
Secara global, Sepanyol mengekalkan status nombor satu dunia, diikuti Argentina dan Perancis.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back