• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 November 2025 | 09:43 AM

Dr Rundi Galak Nelayan Usahakan Tanaman Cepat Tuai Ketika Monsun Timur Laut

SRI AMAN - Golongan nelayan dan penggiat industri asas tani di Sarawak disaran mengusahakan tanaman kontan seperti timun, sayur dan kacang bendi bagi mengurangkan impak Monsun Timur Laut (MTL) terhadap sumber pendapatan mereka.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, berkata komuniti nelayan merupakan golongan paling terjejas sepanjang musim cuaca buruk itu.

Beliau menegaskan pentingnya penduduk tidak bergantung kepada satu sumber pekerjaan sahaja dan mengutamakan tanaman yang boleh dituai dalam tempoh singkat.

Dr Rundi berkata demikian pada sidang media sempena Program Hari Ladang Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar di Tanjung Bijat di sini pada Rabu (19 Nov).

Selain itu, kementeriannya mengarahkan Jabatan Pertanian mendaftar petani melalui eTani bagi mengenal pasti sektor pertanian utama dan memudahkan pemberian bantuan kepada mereka yang terjejas.

“Kita akan membantu petani yang terjejas akibat MTL, tetapi bukan secara menyeluruh. Penduduk juga akan dimaklumkan mengenai risiko cuaca, penyakit dan permintaan pasaran,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri ADUN Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, Residen Sri Aman Mahra Salleh, Pengarah Pertanian Sarawak Dominic Chunggat, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman Michaelson Nyisin serta Pengarah IADA Batang Lupar Irene Lah.

Sumber: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok