LUNDU - 20 pemilik tanah menerima cek pampasan tanah berjumlah RM2.7 juta bagi Skim Penanaman Padi Tanjong Purun Fasa 1 melibatkan 30 lot tanah di Pejabat Pusat Khidmat Tanjong Datu semalam.
Majlis penyerahan cek pampasan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.
Sementara itu, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Kuching, Awang Nazri Awang Sap, memaklumkan bahawa penyerahan tersebut hanya melibatkan Fasa 1, manakala Fasa 2 dan Fasa 3 akan menyusul.
Jelasnya sebanyak 187 hektar kawasan di Tanjong Purun telah diperuntukkan di bawah projek bernilai RM50 juta yang bakal membuka jalan menjadikan Tanjong Purun sebagai salah satu pengeluar beras utama di Sarawak.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back