LUNDU - Penduduk Tanjong Purun semakin hampir menjadikan kawasan mereka sebagai Jelapang Padi Sarawak selepas 20 penerima menerima cek pampasan tanah berjumlah RM2.7 juta bagi Skim Penanaman Padi Fasa 1, melibatkan 30 lot tanah.
Majlis penyerahan cek disempurnakan oleh ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan di Pejabat Pusat Khidmat Tanjong Datu, Rabu 19 Novermber.
Semantara itu Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Kuching, Awang Nazri Awang Sap memaklumkan bahawa Fasa 2 dan Fasa 3 projek akan menyusul.
Sebanyak 187 hektar kawasan telah diperuntukkan di bawah projek bernilai RM50 juta yang dijangka menjadikan Tanjong Purun sebagai salah satu pengeluar beras utama Sarawak.
Majlis itu turut dihadiri Pegawai Daerah Lundu, wakil M-FICORD dan ketua-ketua masyarakat tempatan.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back