KUCHING - Seorang lelaki cedera selepas pacuan empat roda yang dipandu hilang kawalan berdekatan Jalan Saradise, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9.13 malam itu, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dari kenderaan itu sebelum ketibaan anggota Bomba.
Mangsa yang mengalami kecederaan ringan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back