• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 November 2025 | 01:07 AM

Malaysia Perlu Cipta Teknologi Sendiri Untuk Kekuatan Ekonomi Masa Depan

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu bergerak daripada sekadar pengguna teknologi kepada pencipta dan peneraju teknologi bagi memastikan daya saing ekonomi masa depan, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Berucap pada Forum dan Pameran Inovasi VentureTECH 2025 (VIFE 2025) pada Rabu 19 November, beliau menegaskan tiga keutamaan utama ekonomi negara iaitu mencipta teknologi, membina industri berkeupayaan mendalam dengan komitmen jangka panjang, serta membangunkan syarikat tempatan yang mampu berkembang ke peringkat global.

Menurutnya, keupayaan untuk mencipta nilai, beroperasi dengan lebih cekap serta menyelesaikan cabaran dunia sebenar melalui kreativiti menjadi asas kepada kelebihan daya saing baharu.

Sementara itu, Pengerusi VentureTECH Datuk Khalilur Rahman Ebrahim berkata, forum tersebut bertujuan meningkatkan keterlihatan syarikat-syarikat tempatan dalam sektor bernilai tinggi, selain mengukuhkan kerjasama antara industri, kerajaan, akademia dan pelabur.

Beliau juga memaklumkan portfolio pelaburan VentureTECH kini melebihi RM2.5 bilion dengan lebih 30 syarikat teknologi pesat berkembang, yang secara kolektif telah mewujudkan 3,600 pekerjaan berkemahiran tinggi dan menembusi lebih 30 pasaran global.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok