• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 November 2025 | 12:46 AM

Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Di Flyover Jalan Miri Bypass

MIRI - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di flyover Jalan Miri Bypass pada awal pagi Rabu 19 November.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu sekitar jam 5.30 pagi.

Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Taman Tunku menuju ke SMK Bandar Baru Miri sebelum dipercayai hilang kawalan ketika melalui lokasi kejadian.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Mohd Faizul Ab. Rahim di talian 014-8582582 / 085-430479 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pihak polis turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan mengamalkan pemanduan berhemah demi keselamatan bersama. 

Sumber: Polis Daerah Miri

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok