• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 November 2025 | 05:26 PM

Parkir Pantai Tanjung Kembang Dinaiktaraf Dengan Peruntukan RM1 Juta

KABONG – Kawasan parkir di Pantai Tanjung Kembang akan dinaiktaraf dalam masa terdekat, susulan kelulusan projek oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Projek ini bertujuan menyediakan kemudahan parkir yang lebih tersusun, selamat dan mampu menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat ke Pantai Tanjung Kembang, destinasi pelancongan popular di Kabong.

Dalam sesi perbincangan awal, beberapa aspek utama diberi tumpuan termasuk penetapan tapak projek, sempadan kawasan kerja, keperluan teknikal serta penyelarasan antara agensi berkaitan bagi memastikan projek dapat dimulakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Turut dibincangkan ialah beberapa cadangan penambahbaikan bagi memastikan reka bentuk parkir yang bakal dibangunkan lebih praktikal, terancang dan bersesuaian dengan keperluan semasa serta keperluan masa hadapan.

Apabila siap kelak, projek naik taraf ini diharapkan dapat menyediakan kemudahan parkir yang lebih sistematik, melancarkan aliran trafik, meningkatkan keselesaan pengunjung serta menyokong pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi tempatan di Kabong.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok