KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak akan memantapkan Program Intervensi Jawatankuasa Pusat Sehenti Remaja Hamil (OSTPC) bagi tahun 2026.
Menterinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata kementeriannya akan menambah baik Modul Program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, termasuk melalui bengkel penambahbaikan dan pelancaran Modul Program KAPS.
Beliau turut menekankan usaha mengukuhkan penglibatan NGO serta melaksanakan program pendidikan seksual untuk ibu bapa dengan kerjasama NGO atau agensi berkaitan bagi membimbing mereka berbicara isu seksual dengan anak-anak.
Datuk Seri Fatimah berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat OSTPC di Kuching hari ini.
Untuk rekod, kes kehamilan remaja di Sarawak menunjukkan penurunan sebanyak 10.6 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tahun lepas.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back