KUCHING - Sarawak Energy terus menegaskan komitmen dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan selepas menerima 23 anugerah pada Majlis Anugerah Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) Ke-43, 2025.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, antara pencapaian utama ialah Loji Hidroelektrik Murum dan Pejabat Wilayah Kuching menerima Grand Awards, manakala beberapa fasiliti lain meraih anugerah Gold Merit, Gold Class I dan Gold Class II.
Pengiktirafan tersebut menunjukkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang konsisten serta pengurusan risiko yang proaktif di seluruh operasi Sarawak Energy.
Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy, Datuk Haji Sharbini Suhaili berkata, keselamatan menjadi keutamaan utama syarikat dan pengiktirafan tersebut mengukuhkan dedikasi pasukan syarikat dalam memastikan setiap pekerja, kontraktor dan rakan kerja beroperasi dalam persekitaran selamat.
Sumber: Sarawak Energy
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back