SIBU - Hospital Sibu kini sedang mencari waris atau ahli keluarga pesakit perempuan bernama Tiong Leh Ting, 54 tahun, yang dimasukkan ke wad sejak 9 November 2025.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, alamat terakhir pesakit adalah di No. 9B, Jalan Mahsuri 1, Sibu.
Beliau dipercayai hanya mempunyai seorang anak yang turut tinggal di daerah sama.
Sehingga kini, tiada ahli keluarga yang melawat pesakit di wad.
Sehubungan itu Hospital Sibu menjemput waris atau ahli keluarga segera hadir ke Wad Hybrid ICU atau menghubungi talian 084-238888 sambungan 6721 atau 6722 untuk urusan perancangan rawatan pesakit.
Sumber: Hospital Sibu
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back