KUCHING - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan pemergian Puan Sri Datin Amar Lim Su Kheng, ibu Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, sebagai satu kehilangan besar bagi keluarga, masyarakat, dan Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Sarawak (SABATI).
Beliau berkata mendiang banyak menyumbang kepada program kebajikan dan kegiatan masyarakat semasa aktif dalam SABATI serta sentiasa menyokong anaknya dalam pentadbiran negeri.
Datuk Patinggi Abang Johari turut menziarahi Datuk Amar Dr. Sim di kediamannya di Kenyalang Park bagi menyampaikan ucapan takziah mewakili barisan kabinet negeri, dan mendoakan keluarga beliau tabah menghadapi kehilangan itu.
Puan Sri Lim Su Kheng meninggal dunia pada usia 83 tahun.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back