ISTANBUL - Platform media sosial X dilaporkan mengalami gangguan global pada Selasa, menjejaskan ribuan pengguna di seluruh dunia, menurut laman pengesan gangguan Downdetector.com.
Data menunjukkan pengguna menghadapi masalah antara 1118GMT hingga 1218GMT (7.18 hingga 8.18 malam waktu Malaysia), dipercayai berpunca daripada isu teknikal di Cloudflare.
Lebih 1,000 aduan telah diterima setakat ini, namun X belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai gangguan itu.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back