LONDON - Pejabat Luar Britain menggesa tindakan antarabangsa segera untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza selepas Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi yang dicadangkan Amerika Syarikat bagi pelan damai 20 perkara.
Setiausaha Luar Britain, Yvette Cooper, menekankan keperluan membuka semua lintasan sempadan, menarik balik sekatan, dan menyampaikan bantuan dengan segera bagi menjamin keselamatan orang awam.
Beliau juga menegaskan sokongan Britain terhadap penyelesaian dua negara.
Di New York, Kuasa Usaha Britain ke PBB, James Kariuki, berkata Britain akan terus memastikan pengerahan segera pasukan penstabilan antarabangsa dan menyokong gencatan senjata, selaras undang-undang antarabangsa dan kedaulatan Palestin.
Sumber: BERNAMA-WAFA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back