• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 November 2025 | 10:57 AM

KKR Belum Terima Kertas Cadangan Caj Masuk Jalan Genting Highlands – Nanta

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) belum menerima sebarang kertas cadangan daripada Genting Malaysia Berhad berhubung cadangan kutipan tol atau sebarang bentuk caj baharu untuk akses ke kawasan persendirian miliknya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, setakat ini tiada dokumen atau permohonan rasmi dikemukakan kepada beliau.

“Saya belum terima apa-apa (kertas cadangan) daripada pihak Genting,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Lembaga Arkitek Malaysia Townhall 2.0, di sini pada Selasa 18 November.

Berhubung cadangan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan agar menggunakan istilah “caj masuk” sebagai alternatif kepada tol bagi mengelakkan kekeliruan, Nanta berkata cadangan berkenaan adalah wajar dan lebih mudah difahami.

“Saya setuju dengan pandangan beliau sebab bila sebut tol, ia mengelirukan. Tol ini kita biasa dengan lebuh raya. Jadi bagi saya, cadangan beliau supaya ia dipanggil “caj masuk” adalah lebih baik,” katanya.

Genting Malaysia Berhad sebelum ini telah mengesahkan akan mengenakan caj bayaran bagi kenderaan memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok