BINTULU - Timbalan Menteri Ekonomi, Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib pada Selasa 18 November mengadakan lawatan kerja ke Jambatan Tun Taib Mahmud bagi meninjau perkembangan projek infrastruktur bernilai RM466.68 juta yang menjadi penghubung baharu di Bintulu.
Dalam lawatan itu, Hanifah menerima taklimat terperinci daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu mengenai pembinaan dan spesifikasi teknikal jambatan tersebut.
Projek berkenaan dinamakan secara rasmi oleh Premier Sarawak pada 23 Julai lalu sebagai penghormatan kepada Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud atas jasa beliau terhadap pembangunan negeri.
Dato Hanifah menyifatkan pemilihan nama itu sebagai penghormatan besar kepada keluarganya dan yakin jambatan berkenaan akan membuka peluang ekonomi, meningkatkan mobiliti penduduk, serta memudahkan kehidupan harian masyarakat sekitar.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back