BAU - Dua lelaki tempatan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuching pada Selasa 18 November atas kesalahan melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata di sebuah rumah di Talton, Bau, pada Ogos 2025.
Ketua Polis Daerah Bau Superintendan Mohd Haide A. Rahman dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua suspek dilaporkan melarikan wang tunai dan barang kemas dari rumah mangsa.
Katanya, hasil risikan pihak polis Bau, mereka berjaya ditangkap dan dibawa ke mahkamah.
Beliau memberitahu mereka didakwa di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman penjara sembilan tahun serta tiga sebatan.
Sumber: IPD BAU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back