HAMILTON - Rakyat Palestin di Gaza kini berdepan situasi kemanusiaan kritikal apabila hujan musim sejuk menyebabkan banjir, merosakkan barangan dan menambah tekanan kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap PBB, Farhan Haq memetik ketua bantuan PBB, Tom Fletcher, berkata lebih banyak bantuan diperlukan segera, dan sekatan yang masih dikenakan perlu ditarik balik untuk membolehkan kemasukan bantuan.
PBB dan rakan kerjasama terus mengagihkan khemah, terpal, dan barangan keperluan lain, sambil menilai keperluan orang ramai.
Penyelaras Kemanusiaan untuk Wilayah Palestin, Ramiz Alakbarov, meluluskan US$18 juta bagi menyokong operasi kritikal menjelang musim sejuk.
Selain itu lebih 7,000 kanak-kanak bawah tiga tahun telah menerima vaksin dalam tempoh lima hari pertama kempen vaksinasi awal November.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back