KUALA LUMPUR - British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia) mengumumkan harga rokok jenamanya akan diselaraskan berkuat kuasa mulai Jumaat ini (21 Nov), susulan kenaikan duti eksais seperti diumumkan dalam Belanjawan 2026.
Harga baharu rokok yang diluluskan Kementerian Kesihatan dijangka antara RM12.40 hingga RM18.40 sebatang.
Pengarah Urusan BAT Malaysia, Nedal Salem berkata, kerajaan mengambil langkah tepat dengan kenaikan duti eksais sederhana, memandangkan pengumuman terakhir dibuat 10 tahun lepas dan mengambil kira keadaan ekonomi semasa.
Beliau turut menekankan bahawa kenaikan harga rokok yang terlalu ketara sebelum ini menyumbang kepada peningkatan pasaran gelap tembakau, yang kini merangkumi 54 peratus penggunaan rokok di Malaysia.
Sepanjang 2025, penguatkuasaan terhadap pasaran gelap berjaya menjimatkan RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun.
Dalam Belanjawan 2026, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan duti eksais dua sen sebatang bagi rokok, RM40 sekg bagi cigar, cheroot dan cigarillos, serta RM20 sekg bagi produk tembakau panas (heated tobacco).
BAT Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berterusan kerajaan menangani isu pasaran gelap tembakau.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back