KUCHING - Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, berangkat ke kediaman Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian di Kenyalang Park hari ini, bagi menzahirkan ucapan takziah atas pemergian mendiang Puan Sri Datin Amar Lim Su Kheng, ibu Timbalan Premier Sarawak itu.
Keberangkatan tiba pada jam 11.15 pagi disambut dengan penuh hiba oleh Datuk Amar Dr Sim, isteri beliau Dato Enn Ong Siok Ean, adik beliau Sim Kui Lian, anak-anak Eason dan Simson, serta ahli keluarga terdekat.
Tun Pehin Sri dan Toh Puan meluangkan masa menyampaikan ucapan takziah secara peribadi dan memberi kata-kata semangat kepada keluarga yang sedang menghadapi kesedihan.
Dalam lawatan itu, Tun Pehin Sri dan Toh Puan mendoakan agar Timbalan Premier dan keluarganya dikurniakan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi kehilangan besar ini.
Sumber: fb Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back