AMSTERDAM - Belanda mengesahkan tempat automatik ke Piala Dunia 2026 selepas menundukkan Lithuania 4-0 di gelanggang sendiri pada perlawanan terakhir Kumpulan G.
Keempat-empat penjaring gol Belanda merupakan pemain Liga Perdana Inggeris.
Pemain tengah Manchester City Tijjani Reijnders membuka tirai jaringan pada minit ke-16, diikuti Cody Gakpo (Liverpool) dari sepakan penalti dan Xavi Simons (Tottenham) menjaringkan gol ketiga. Donyell Malen (Aston Villa) menambah gol keempat hasil persembahan solo yang menarik.
Belanda menamatkan kempen Kumpulan G dengan 100 peratus kemenangan, tiga mata di depan Poland dengan kelebihan jaringan gol sebanyak 13.
Poland pula yang menewaskan Malta 3-2 kini terpaksa melalui pusingan play-off untuk peluang ke Piala Dunia.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back