BINTULU - Timbalan Menteri Ekonomi Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib menegaskan peranan penting Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dalam memacu pembangunan ekonomi rendah karbon semasa merasmikan Bengkel Memperkasa GEMAPUTERA di sini hari ini.
Bengkel bertemakan “Hidden Compass: State Corporation as Guiding Light for Investors” itu menjadi platform strategik untuk mengukuhkan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri sebagai pemacu pelaburan berdaya saing dan pembangunan mampan.
Hanifah berkata, PKEN kini terlibat dalam sektor strategik seperti hartanah, kawasan perindustrian, pertanian, pelancongan, pengangkutan dan logistik, selaras dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
“Pengukuhan syarikat negeri bukan sahaja meningkatkan daya saing, malah menarik pelaburan berkualiti tinggi, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi mampan yang memberi impak besar kepada rakyat,” katanya.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back