• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 November 2025 | 12:24 PM

‘Terlalu Bodoh’ Jadi Sambungan Emosi Ara Johari Selepas ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’

Kota Samarahan – Selepas mencetuskan fenomena menerusi lagu ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’, penyanyinya Ara Johari kini kembali dengan semangat baharu untuk memastikan karya terbaharunya mampu menyaingi impak besar lagu hit tersebut.

Ara, atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, mengumumkan bahawa lagu baharunya berjudul ‘Terlalu Bodoh’ akan dilancarkan pada 19 November di platform YouTube, sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam perjalanan kerjaya seninya.

Beliau mengakui proses mencari lagu susulan bukan sesuatu yang mudah selepas kejayaan luar biasa ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’ yang memberikan tekanan besar dari segi penerimaan dan ekspektasi pendengar.

Sehubungan itu, untuk ‘Terlalu Bodoh’, Ara memilih untuk mengekalkan pasukan dan komposer yang sama seperti projek sebelumnya bagi mengekalkan identiti serta ‘vibe’ yang telah digemari peminat.

“Kami masih dengan pasukan yang sama, komposer yang sama, dan vibe yang sama. Risau juga kalau pendengar rasa lagu baharu ini terlalu jauh daripada apa yang mereka suka,” katanya.

Ara turut mendedahkan mereka mengambil masa lebih setahun untuk mencari lagu yang benar-benar tepat sebelum akhirnya bertemu ‘Terlalu Bodoh’, sebuah karya yang mengangkat tema luka cinta, kesedihan dan galau, sesuatu yang disifatkan sangat dekat dengan jiwanya.

Menurutnya, ‘Terlalu Bodoh’ juga merupakan kesinambungan emosi daripada ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’.

“Menjaga Jodoh Orang Lain menggambarkan fasa awal sakit hati. Lagu Terlalu Bodoh pula membawa fasa ketika aku mula cuba untuk kuat, tetapi dalam masa sama aku mempersoalkan diri sendiri, adakah sebelum ini aku terlalu cinta, atau aku terlalu bodoh kerana diperlakukan sebegini ? Selepas ini akan ada lagu seterusnya yang mewakili fasa move on sepenuhnya,” ujarnya.

Ara turut memberi bayangan bahawa lagu selepas ‘Terlalu Bodoh’ kini dalam perancangan sebagai pelengkap kepada perjalanan emosinya dalam siri lagu-lagu berkisahkan hubungan dan penyembuhan.

Mengulas perancangan masa depan, Ara berkata beliau tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi, namun tetap berazam mengekalkan momentum yang dikecapinya sepanjang tahun ini.

“Perancangan kami adalah untuk terus konsisten seperti tahun ini. Harap lagu-lagu baharu diterima. Kami juga sedang merancang strategi pemasaran, termasuk kemungkinan mengadakan showcase, mini album, dan beberapa projek lain yang masih dalam perbincangan.”

“Untuk 2025, saya sejujurnya tidak meletakkan azam yang besar. Saya cuma berdoa supaya tahun ini membawa kejayaan, dan alhamdulillah memang banyak pencapaian. Bagi tahun 2026 pula, saya berharap dapat menjadi artis yang lebih berjaya — lebih baik dari segi peribadi dan kerjaya.”

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok