• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 November 2025 | 11:02 AM

UNSC Terima Pakai Resolusi Tubuh Lembaga Keamanan Gaza dan Kuasa Penstabilan Antarabangsa

HAMILTON - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin meluluskan resolusi yang digubal Amerika Syarikat (AS) bagi menubuhkan Lembaga Keamanan (Board of Peace, BoP) sementara dan memberi kuasa kepada Pasukan Penstabilan Antarabangsa (International Stabilisation Force, ISF) untuk menyelia tadbir urus, pembinaan semula dan keselamatan di Semenanjung Gaza.

Resolusi itu menerima 13 undi menyokong, manakala China dan Rusia berkecuali.

Duta AS ke PBB, Mike Waltz menyifatkan resolusi tersebut sebagai “pelan berani dan pragmatik” berasaskan pelan komprehensif 20 perkara bekas Presiden Donald Trump untuk menamatkan konflik Gaza.

BoP yang diketuai Trump akan menjadi tonggak usaha menstabilkan Gaza, menyokong penyahtenteraan, membongkar infrastruktur keganasan, melupuskan senjata, dan memastikan keselamatan orang awam Palestin.

Kehadiran BoP dan ISF diluluskan sehingga 31 Disember 2027, tertakluk kepada tindakan lanjut UNSC dan koordinasi dengan Mesir, Israel, serta negara anggota lain.

Semantara itu wakil Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia mengkritik resolusi itu kerana kurang jelas mengenai aspek perundangan, tempoh penyerahan kawalan Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin, dan autonomi ISF yang seolah-olah tidak mengambil kira pandangan Ramallah.

Duta China ke PBB, Fu Cong turut menyuarakan kebimbangan mengenai kekaburan dan kurang pengiktirafan terhadap kedaulatan Palestin.

Bagaimanapun, resolusi tersebut  mendapat sokongan kukuh daripada negara Arab dan Islam, menandakan langkah penting UNSC dalam usaha menstabilkan Gaza dan membina tadbir urus pasca-konflik.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok