KUCHING - Sarawak mencatat satu lagi pencapaian penting dalam agenda mobiliti hijau dengan pelancaran “Fast-EV”, aplikasi pengecasan kenderaan elektrik (EV) pertama yang dibangunkan sepenuhnya di negeri ini.
Pelancaran oleh SDEC Karuna JV Sdn. Bhd. (SKJV) turut disertai pembukaan rasmi Stesen Pengecasan DC 120kW Fast-EV di Plaza Merdeka dan Pengecas AC 22kW di The Waterfront Hotel sekali gus mengukuhkan rangkaian infrastruktur EV tempatan.
Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, SKJV dipertanggungjawab mempercepat pembinaan rangkaian pengecas EV di seluruh Sarawak, dengan sasaran 400 pengecas menjelang 2030.
Pengurus Besar SKJV, Muhammad Fai’zzul Zaidi dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Fast-EV membuktikan keupayaan Sarawak untuk berinovasi melalui teknologi yang dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan.
Sempena pelancaran ini, pengguna baharu menerima kredit pengecasan percuma bernilai RM100 yang boleh ditebus melalui aplikasi Fast-EV sehingga 17 Februari 2026.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back