SIMUNJAN - Seorang wanita kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang di Simunjan sejak 13 November lalu.
Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Rafhan Kepli dalam kenyataan hari ini memaklumkan, mangsa bernama Needa Siti, berusia 27 tahun dan berbangsa Iban, kali terakhir memakai baju berwarna coklat lengan panjang dan berseluar hitam paras lutut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau berjumpa dengan mangsa, diminta menghubungi pegawai penyiasat Ketua Polis Balai Simunjan SM Abdullah Awang di talian 0172165919 atau dengan mana-mana balai Polis berdekatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back