KOTA SAMARAHAN - Sebuah ambulans yang menaiki tiga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Saga di persimpangan lampu isyarat berhampiran bangunan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), tengah hari tadi.
Kejadian berlaku sekitar jam 12.55 tengah hari, ketika ambulans tersebut dalam perjalanan untuk mengambil seorang pesakit.
Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa dari dalam ambulans.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back