NEW YORK - Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) menyatakan bahawa anggota tenteranya telah ditembak oleh pasukan Israel, insiden terbaharu yang menyasarkan pasukan pengaman PBB, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
UNIFIL menegaskan bahawa tindakan itu merupakan “pelanggaran serius terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB”, yang menamatkan konflik 2006 antara Israel dan Hezbollah serta menjadi asas kepada gencatan senjata November lalu.
“Sekali lagi, kami menggesa Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menghentikan sebarang tingkah laku agresif dan serangan terhadap atau berhampiran anggota pengaman,” kata UNIFIL dalam kenyataan pada Ahad.
Sumber: BERNAMA-WAM
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back