LUBOK ANTU - Polis menahan tujuh lelaki tempatan berusia awal 20-an hingga awal 40-an dalam Op Tapis Khas / Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan di sekitar Engkilili dan Lubok Antu pada 15 November lalu.
Ujian saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala enam daripada mereka turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Operasi yang disertai 34 pegawai dan anggota itu turut memeriksa 97 kenderaan dan 112 individu, selain mengeluarkan sembilan saman atas pelbagai kesalahan trafik.
Polis menegaskan komitmen untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman di Lubok Antu kekal terjamin serta bebas daripada aktiviti dadah.
Orang ramai juga digesa menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah melalui Hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.
Sumber: IPD LUBOK ANTU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back