• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 November 2025 | 01:15 PM

RM350 Juta Diluluskan Bagi Kerja Pembaikan Jajaran Red Line Pan Borneo Sarawak

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan lebih RM350 juta untuk kerja pembaikan jajaran red line Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menjelaskan, red line merujuk kepada jalan perhubungan sedia ada sebelum pembinaan lebuh raya dan mengalami kerosakan kerana tidak dinaik taraf seperti bahagian baharu.

“Daripada jumlah itu, RM120 juta diluluskan di bawah Rolling Plan 5 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk kerja pembaikan sepanjang 17.1 kilometer melibatkan lokasi di Bukit Begunan, Lachau, Kemena, Bakun, Sibu, Julau, Tudan, Beluru, Selangau dan Balingian,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli mengenai usaha kementerian menaik taraf jajaran red line, khususnya bahagian yang beralun dan rosak teruk akibat mendapan tanah.

Kerja pembaikan ini diharapkan dapat memperbaiki keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya di Sarawak.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok