• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 November 2025 | 12:52 PM

Gangguan Bekalan Air di Sibu Akibat Kabel Bawah Tanah Rosak

SIBU - Kerja penggalian oleh seorang kontraktor pihak ketiga bagi projek paip air telah merosakkan kabel bawah tanah 11 kV berhampiran Lorong Salim Stabau pada 13 November lalu, sekali gus menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Salim Stabau.

Kejadian itu turut menjejaskan Loji Pengambilan Air Mentah Salim, mengganggu operasi pam dan mengurangkan tekanan air di beberapa kawasan di Sibu.

Syarikat SESCO Berhad (SESCO), anak syarikat Sarawak Energy yang mengendalikan operasi dan peruncitan, bertindak segera dan berjaya memulihkan bekalan kepada loji dan kawasan terjejas pada jam 12 tengah hari.

Semantara itu Pengurus Wilayah Tengah SESCO Jabu Ngumbang menekankan kepentingan keselamatan dalam kerja penggalian berhampiran infrastruktur elektrik.

“Kontraktor perlu lebih bertanggungjawab menjaga keselamatan awam. Kami sentiasa sedia membantu merancang kerja dengan selamat, namun ada yang tetap meneruskan kerja tanpa berunding dengan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, kontraktor yang terlibat tidak mendapatkan pengesahan lokasi kabel bagi seksyen tersebut, walaupun mereka telah merujuk SESCO untuk bahagian lain projek mereka.

“Kami menyeru semua kontraktor untuk menghubungi kami sebelum menggalik bagi mengelakkan kejadian sebegini,” ujar Jabu.

SESCO mengingatkan semua kontraktor bahawa merosakkan aset elektrik merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan kewangan atau undang-undang.

Kontraktor digalakkan mematuhi prosedur keselamatan dan berunding dengan SESCO sebelum memulakan kerja berhampiran infrastruktur elektrik.

Orang ramai boleh melaporkan gangguan atau aktiviti mencurigakan berhampiran infrastruktur elektrik melalui Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di 1300-88-3111, emel customercare@sarawakenergy.com, aplikasi mudah alih SEB Cares, portal web atau melalui ejen maya CARINA. 

Sumber: Sarawak Energy Berhad 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok