KUCHING - Setiap individu Orang Kurang Upaya (OKU) berhak menikmati peluang pendidikan, latihan, pekerjaan, kesihatan dan keusahawanan seperti orang lain agar tiada sesiapa yang tertinggal daripada arus pembangunan negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata dalam Belanjawan 2026, kerajaan MADANI memperuntukkan hampir RM1.4 bilion bagi bantuan OKU merangkumi bantuan penjagaan, elaun ketidakupayaan bekerja dan Elaun Pekerja OKU.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Disability Equality Training dan Perkhidmatan Job Coach di Kuching semalam.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back