KUCHING - Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching berjaya menahan dua lelaki warganegara tempatan berusia 23 dan 31 tahun serta merampas dadah jenis methamphetamine bernilai RM774 di persimpangan Lorong Stampin, Kuching pada 15 November lalu.
Hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki dua paket plastik lut sinar berisi kristal dadah (5.57 gram dan 1.47 gram), manakala ujian saringan awal air kencing kedua-duanya positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara dua hingga lima tahun dan sebatan tiga hingga sembilan kali jika sabit kesalahan.
Kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula 17 hingga 19 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu menegaskan bahawa kejayaan itu hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam, serta menekankan Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pengedaran dadah.
Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN di 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.
Sumber: Polis Daerah Kuching
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back