KUCHING - Sarawak melakar sejarah baharu dalam pembangunan tenaga hijau menerusi pelaksanaan inisiatif Empangan Melata yang berpotensi menjana sehingga tiga gigawatt tenaga hidro, sekali gus membuka model ekonomi sungai masa depan yang turut memberi manfaat langsung kepada komuniti luar bandar.
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek pertama akan bermula di Sungai Gaat, Kapit, hasil persetujuan awal komuniti setempat.
Menurutnya, inisiatif itu menandakan perubahan besar dalam pembangunan tenaga bersih kerana ia memberi peluang pemilikan ekuiti 5 hingga 10 peratus kepada penduduk melalui sebuah dana amanah rakyat.
Premier berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalannya Datuk Amar Dr. Sim Kui pada Persidangan Hari Sungai Sarawak di Kuching semalam.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back