• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 November 2025 | 10:31 AM

Warga Emas 72 Tahun Kerugian RM1.3 Juta Akibat Phone Scam di Kuching

KUCHING - Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menyiasat satu kes penipuan ‘phone scam’ melibatkan seorang wanita tempatan berusia 72 tahun yang kerugian RM1.3 juta, selepas dihubungi individu mengaku dari MCMC dan polis Terengganu pada 31 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa diarahkan memindahkan wang ke tujuh akaun bank berbeza melalui 14 transaksi sebelum menyedari dirinya ditipu selepas dihubungi suami.

Beliau dalam satu kenyataan pada Ahad 16 November berkata, modus operandi sama telah membabitkan 92 kes sejak Januari, dengan jumlah kerugian RM5.97 juta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mendorong harta diserahkan secara tidak jujur, membawa hukuman penjara satu hingga 10 tahun dan sebatan, serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

ACP Alexson juga menasihatkan orang ramai tidak panik, menamatkan panggilan mencurigakan, tidak mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan, dan menghubungi balai polis berhampiran atau portal rasmi PDRM untuk semakan.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Hotline JSJK Sarawak di talian 011-62890089 atau Hotline 997 National Scam Response Center (NSRC) yang beroperasi 24 jam.

Sumber: Polis Daerah Kuching

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok