SARIKEI - Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam bilik tidur sebuah rumah yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Minah, Sarikei awal pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Arrahman Chik berkata Teng King Kai, berusia 97 tahun, iaitu pemilik rumah ditemukan di bawah timbunan sisa kebakaran pada 2.18 pagi.
Beliau kediaman dihuni enam individu namun hanya lima berada di rumah semasa kejadian, dengan empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri.
Kebakaran juga memusnahkan sebuah stor penyimpanan barang serta dua buah kenderaan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back