KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) memerlukan pertimbangan menyeluruh, termasuk peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Beliau mengakui masih terdapat beberapa tuntutan Sabah yang belum diselesaikan, namun menegaskan Kerajaan MADANI telah mencatat lebih banyak kemajuan berbanding pentadbiran terdahulu.
“Kalau tanya tentang beberapa tuntutan Sabah yang belum dipenuhi, saya setuju. Tetapi kita perlu lihat Perlembagaan dan pastikan boleh dapat sokongan dua pertiga di Parlimen,” katanya pada program Sarapan Pagi dan Sembang Santai Pengamal Media Sabah pada Ahad 16 November.
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, Kerajaan MADANI telah menyelesaikan sembilan tuntutan MA63, manakala empat lagi diselesaikan pentadbiran terdahulu.
Anwar menekankan penyelesaian isu MA63 bukan sekadar memenuhi tuntutan Sabah, tetapi memerlukan perbincangan menyeluruh dan perundangan yang tepat.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back