• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 November 2025 | 09:58 AM

KKM Sahkan Kluster Baharu Mpox Libat Empat Keluarga, Kes Terkawal

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kluster baharu Mpox membabitkan empat ahli keluarga, dengan kes indeks seorang lelaki bukan warganegara yang baru pulang dari Afrika Barat.

Semua pesakit berada dalam keadaan stabil dan menjalani pengasingan di rumah, manakala kontak rapat telah disaring dan diarahkan menjalani pengasingan.

Setakat minggu epidemiologi ke-46, Malaysia mencatatkan 23 kes Mpox sejak Julai 2023, termasuk 22 kes Clade II dan satu kes Clade Ib.

KKM menegaskan penularan terkawal dalam kalangan keluarga, tanpa jangkitan lanjut dalam komuniti, dan menasihati orang ramai terus mengamalkan langkah pencegahan serta mendapatkan rawatan segera jika bergejala.

Walaupun status Mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam Antarabangsa (PHEIC) tamat pada September lalu, KKM akan terus memantau situasi dan melaksanakan langkah kawalan secara berterusan.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok