OSLO - Erling Haaland meledak dua gol dalam tempoh dua minit untuk memastikan Norway menamatkan penantian 28 tahun mereka ke Piala Dunia selepas menewaskan Itali 4-1 dalam perlawanan penentu Kumpulan C.
Itali, yang memerlukan kemenangan besar untuk merampas kedudukan teratas, bermula baik apabila Pio Esposito menjaringkan gol pada minit ke-11.
Namun, selepas itu mereka gagal menembusi pertahanan Norway sebelum rehat.
Separuh masa kedua menjadi milik Norway, dengan Antonio Nusa menyamakan kedudukan sebelum Haaland menjaringkan gol pertama melalui voli hasil hantaran rakan sepasukan Manchester City, Oscar Bobb.
Gol kedua Haaland menyempurnakan malam gemilangnya, menjadikan jumlah jaringan kualifikasi beliau bersama Norway kini 16 gol dalam lapan perlawanan.
Jorgen Strand Larsen menutup kemenangan Norway dengan gol pada masa tambahan, menamatkan aksi cemerlang pasukan Scandinavia itu.
Kemenangan itu menyaksikan Haaland mengikuti jejak ayahnya, Alf Inge, yang mewakili negara itu di Piala Dunia terakhir mereka pada 1998.
Itali, sebaliknya, terpaksa menempuh laluan sukar play-off sekali lagi, selepas kegagalan mereka dalam dua edisi terakhir.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back