LISBON - Bruno Fernandes dan Joao Neves masing-masing meledak hatrik ketika Portugal menempah slot automatik ke Piala Dunia 2026 selepas membelasah Armenia dengan kemenangan besar 9-1.
Portugal yang tewas mengejut kepada Republik Ireland pada aksi sebelumnya, perlu menang untuk mengesahkan kelayakan, dan mereka bermula cemerlang apabila Renato Veiga menanduk masuk gol awal.
Armenia menyamakan kedudukan menerusi Eduard Spertsyan pada minit ke-18, namun Portugal kembali menguasai permainan dengan jaringan Goncalo Ramos, sebelum Neves menyumbang dua gol termasuk satu daripada sepakan percuma.
Menjelang rehat, Ruben Dias dijatuhkan dalam kotak penalti dan Fernandes mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk gol kelima.
Separuh masa kedua menyaksikan Fernandes melengkapkan hatriknya melalui satu rembatan rendah dan satu lagi penalti hasil kekasaran terhadap Carlos Forbs.
Neves kemudian menutup hatrik peribadi dengan jaringan ketiga Portugal di babak kedua, diikuti gol terakhir oleh Francisco Conceicao pada penghujung perlawanan untuk melengkapkan kemenangan bergaya 9-1.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back