GAZA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 900 pesakit di Gaza meninggal dunia ketika menunggu proses pemindahan perubatan berikutan sekatan Israel dalam mengeluarkan permit perjalanan untuk rawatan di luar wilayah itu.
Menurut WHO, kira-kira 16,500 pesakit masih menunggu kelulusan, termasuk 4,000 kanak-kanak yang memerlukan pemindahan segera bagi menyelamatkan nyawa mereka.
WHO memberi amaran bahawa sebarang kelewatan tambahan dalam menangani kes kritikal bersamaan dengan “hukuman mati” kepada pesakit terlibat.
Agensi itu turut menyatakan bahawa hospital di Gaza kini beroperasi kurang daripada separuh kapasiti akibat kekurangan bahan api, ubat-ubatan dan bekalan penting.
Sejak Mei 2024, WHO melaksanakan 119 misi pemindahan dan berjaya memindahkan 8,000 pesakit untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza, termasuk 5,500 kanak-kanak.
Bagaimanapun, ribuan lagi pesakit kekal dalam keadaan kritikal, berdepan masa depan yang tidak menentu susulan keruntuhan sistem kesihatan di wilayah berkenaan.
Sumber: BERNAMA-WAFA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back