• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 November 2025 | 08:48 AM

Remaja Palestin Terbunuh, Empat Cedera Dalam Serangan Tentera Israel di Tebing Barat

RAMALLAH - Seorang remaja lelaki Palestin maut manakala empat lagi cedera dalam serangan oleh tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi memetik Kementerian Kesihatan Palestin.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata, mangsa berusia 15 tahun ditembak mati oleh tentera Israel di Kem Pelarian al-Faria, selatan bandar Tubas.

Menurut agensi berita rasmi Wafa, petugas perubatan merawat dua mangsa yang mengalami kecederaan akibat serpihan peluru, sementara ambulans dihalang memasuki kawasan bagi menyelamatkan seorang lagi remaja yang kemudian disahkan meninggal dunia.

Saksi berkata pertempuran tercetus apabila tentera Israel menyerbu kem berkenaan dan melepaskan tembakan hidup secara berterusan.

Di utara Tebing Barat, Wafa melaporkan dua lagi rakyat Palestin cedera di Jenin selepas sebuah kenderaan tentera Israel melanggar sebuah teksi hingga menyebabkan ia terhumban ke arah kereta lain di Jalan Haifa, barat bandar itu.

Serangan tentera Israel dan penduduk peneroka haram semakin meningkat sejak perang Gaza pada Oktober 2023, mengorbankan lebih 1,073 penduduk Palestin dan mencederakan 10,700 yang lain, menurut angka rasmi Palestin.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok