KUCHING - Kerajaan bakal memperkemas penyelarasan antara kementerian serta agensi berkaitan bagi mempercepat penyelesaian isu kanak-kanak tanpa dokumen di Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata masalah tersebut dilihat sebagai kegagalan sistemik yang menjejaskan masa depan golongan terbabit.
Menurut beliau, walaupun pasukan petugas telah ditubuhkan sebelum ini, pelaksanaan di peringkat operasi masih berdepan batasan perundangan, kekaburan garis panduan dan kekangan prosedur semasa.
Datuk Amar Fadillah berkata demikian semasa berucap dalam forum ‘Women of Impact (WOI): Driving Social Change’ di Muzium Budaya Borneo, Kuching, hari ini.
Beliau menambah bahawa satu mesyuarat menyeluruh akan diadakan, melibatkan semua agensi berkaitan di kedua-dua peringkat kerajaan, bagi menilai semula proses sedia ada dan mengenal pasti punca kelemahan yang menghalang penyelesaian isu berkenaan.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back