KUCHING – Pusat Seni Persembahan ikonik Sarawak dijangka siap penghujung 2026 atau awal 2027, sekali gus menjadi mercu baharu bagi memartabatkan seni dan budaya negeri ini.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kemudahan itu kelak akan menjadi ruang pameran utama bagi kesenian, tarian, muzik dan budaya etnik Sarawak yang semakin mendapat perhatian masyarakat dalam dan luar negara.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Kesenian Sarawak (FKS) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.
Abdul Karim turut menekankan bahawa pembangunan infrastruktur seni ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk terus memperkukuh perpaduan melalui pengiktirafan kepada semua etnik di Sarawak.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back