• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 November 2025 | 04:06 PM

Dua Lelaki Ditahan, Polis Rampas Kayu Belian Hasil Curi Di Kabong

KABONG - Polis menahan dua lelaki dan merampas kayu belian yang dipercayai dicuri dalam satu operasi susulan laporan kehilangan barang di Rumah Lot Baru, Kabong bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie dalam kenyataan hari ini berkata, kejadian disedari pada 16 Okt selepas pengadu dimaklumkan jirannya bahawa seorang lelaki dilihat mengambil batang paip di hadapan rumah milik bapa pengadu. Pemeriksaan mendapati empat batang paip putih dan empat batang kayu belian sepanjang 18 kaki hilang, dengan kerugian dianggarkan RM2,512.

Susulan siasatan, suspek pertama berusia 44 tahun ditahan di sebuah rumah di Kabong pada 12 Nov, manakala suspek kedua berusia 62 tahun ditahan keesokan harinya di Kampung Kabong. Semakan mendapati suspek pertama mempunyai dua rekod lampau selain disahkan positif dadah.

Pada 13 Nov, polis merampas dua batang kayu belian di Kampung Hulu, Kabong hasil tunjuk arah kedua-dua suspek. Suspek pertama mengaku mencuri kayu tersebut untuk dijual bagi mendapatkan wang membeli dadah, manakala suspek kedua mengaku membeli kayu itu pada harga RM70 sebatang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan mereka dalam kes lain.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok